Wednesday, April 21, 2010

Sayangku...

 

Sayangku muslimah,
Wahai muslimah saudaraku,
Wahai mulimah tonggak agamaku,
Sayangku muslimah,
Sayangilah dirimu,
Sayangilah maruahmu,
Peliharalah dirimu,
Sayangku muslimah,
Longgarkanlah pakaianmu,
Tebalkanlah pakaianmu,
Labuhkanlah tudungmu,
Agar ia bisa memelihara dirimu,
Sayangku muslimah,
Cintailah agamamu,
Sayangilah saudaramu,
Seperti mana engkau menyayangi dirimu,
Tekadkanlan dirimu,
Agar ia menjadi benteng  buat dirimu,
Sayangku muslimah,
Kecantikanmu bukan untuk tatapan umum,
Tetapi buat yang berhak,
Kelembutanmu bukannya kelemahan,
Tetapi penyejuk hati yang amarah,
Sayangku muslimah,
Kebaikan itu mudah,
Jika hatimu lunak dengan zikrullah,
Kejahatan itu payah,
Jika solatmu dipelihara,
Sayangku muslimah,
Dunia ini semakin deras arusnya,
Jika arusnya sealiran dengan Islam yang engkau cintai,
Maka engkau ikutilah,
Tetapi…
Sayangku muslimah,
Arus dunia yang kulihat kini melawan aliran Islam yang kita cintai,
Maka…
Sayangku muslimah,
Mujahadahlah, berjuanglah,
Agar kita merasa kemanisannya di sana nanti,
sayangku muslimah,
Jika aku khilaf,
Perbetulkanlah,
Jika aku lemah,
Kuatkanlah aku,
Jika aku sesat,
Tunjukkanlah aku jalan yang benar,
Kerana…
Sayangku muslimah,
Akulah saudaramu hingga akhirat kelak…

Andai itu yang berlalu…


 Andai itu yang berlalu…
Pastikan luluh dedaun hati,
Namun kan tabah jua kuhadapi,
Bersama semaian kalam,
Menabur benih keluhuran,
Andai itu yang berlalu…
Pastikan beku seisi dunia,
Semoga sinaran keimanan kan mencairkannya,
Agar diri redha dilautan rindu,
Andai itu yang berlalu,
Andai itu takdirnya,
Semoga damai musim itu,
Disirami baja ketaqwaan pada~Nya,
Dilimpahi rahmat dan kasih sayang~Mu ya Allah…

Sunday, April 18, 2010

Dunia Baru Islam-The Zikr-

 


Masih basah kenangan indah, 

Zaman cemerlang era gemilang, 

Ketika Rasul ada di sisi...

Para sahabat mentadbir bumi, 

Zaman nubuwwah, era khulafa' Islam laksana api yang menyala, 

menerangi teman dan juga sahabat, 

Bahang panasnya membakar lawan, 

Di celah itulah kami mengatur langkah membina sebuah tha'ifah, 

Di sini bara tak pernah padam digenggam kukuh sebuah azam...


Ayuh...lah para mujahid...ayuhlah... para mujahidah...
kita tinggalkan zaman fitnah...

Agar tertegak kalimah Allah...

Agar terbangun dunia baru Islam...

Wednesday, April 14, 2010

Munajat Cinta

...Aku bersiap-siap untuk meninggalkan gubuk tua milik orang tua ini. Sekali lagi kuucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya sebab telah bersedia memberikan tempat dan telah berkongsi kisah yang amat berharga.

Aku ingin ingin memberikan sedikit wang kepada orang tua itu, tetapi dengan serta-merta dia menolaknya.

"Bolehkah suatu saat nanti...jikalau Allah masih memberikan umur...saya datang lagi untuk bersilaturrahim?"tanyaku.

"Silakan, nak. Semoga Allah mengurniai kita umur yang panjang dan berkat serta bermanfaat."

"Amin."

"Amin."

"Saya mohon diri, pakcik."

"Ya, nak. Hati-hatilah. Tetapkan langkahmu. Dibahagian bumi manapun, ingatlah bahawa bumi ini milik Allah. Ingatlah kepada Sang Pemiliknya. Puji Dia. Besarkan nama-Nya dan janganlah engkau sibuk dengan semua nama selain nama Allah SWT. Semua nama selain nama-Nya, sia-sia sahaja." ...


Petikan dari novel Munajat Cinta oleh Taufiqurrahman al-Azizy.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah:29)


Kemanapun kita pergi, ingatlah bumi yang kita pijak ini adalah milik Allah SWT. Ingatlah juga, kemana kita pergi,apa yang kita lakukan, tujuan kita, niat hati kita semuanya diketahui Allah. Allah itu maha mengetahui.

Sayangnya, ada sebahagian daripada manusia di muka bumi ini angkuh. Mereka sibuk dengan kerjaya mereka, jawatan mereka dan sebagainya. Sehinggakan mereka lupa solat lima waktu, diri mereka sebagai hamba Allah, peranan mereka sebagai muslim, dan khalifah di muka bumi ini.

هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ فَمَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًا وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (Fathir:039)

Ada yang tanpa segan silu melangkah di atas muka bumi Allah ini dengan melanggar larangan Allah. Membuka aurat, menuju ketempat maksiat, kehulu kehilir mengusung kekasih tanpa ikatan yang sah. Apabila ditegur, "alah, tiada paksaan dalam beragama". Wah! senang sekali kalian mempersendakan ayat Allah! Tidakkah kalian malu? Sememangnya tiada paksaan dalam beragama, tetapi tidak terfikirkah kalian untuk memilih jalan yang terbaik dalam kehidupan kalian? sampai bilakah kalian memilih untuk terus dimurkai Allah? 

Andai kata kalian diberi dua pilihan, satu pinggan berisi nasi dan lauk yang enak, tetapi terdapat najis di dalamnya, satu lagi pinggan yang berisi nasi dan lauk yang enak lagi berkhasiat...lalu pinggan yang manakah akan kalian pilih? Pinggan yang pertama atau yang kedua?

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah:256) 

Sudah jelas Islam agama yang sangat memelihara kesucian dan kehormatan ummatnya, lalu mengapakah ada antara kita memilih jalan lain yang lari dari landasan yang ditetapkan syara'?

Lalu apakah yang kalian cari? Keseronokan? Kepuasan? Kebebasan? Sampai bilakah semua itu akan kita kecapi? 

Wahai sahabat, kembalilah.

Tuesday, April 6, 2010

Susah?

Aku terduduk mengenangkan report proposal aku yang sudah dua kali ditolak oleh lecturerku. Berkali-kali kubelek-belek helaian kertas putih itu. Namun aku tidak menemui dimana silapku. Apalah salah aku, sampai begini nasibku.
Cemburu sekali apabila aku mendengar ramai rakan-rakanku yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan final report mereka. Malangkah nasibku? Atau beruntungkah aku kerana masih diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki final reportku?
Pelbagai persoalan timbul, pelbagai jawapan cuba ku cari untuk menyedapkan fikiran yang berkecamuk dengan persoalan dan persoalan. Inilah saat paling getir yang aku lalui, sepanjang aku bergelar pelajar. Kalau selama ini aku merasakan payah, inilah yang paling payah bagiku. Final report yang kusangkakan enteng bagiku, rupa-rupanya mendatangkan resah dan gelisah dalam hari-hari yang kulalui.
I AM REJECTING YOUR PROPOSAL” perkataan yang tertera pada skrin laptopku itu sudah cukup membuatkan bebola mataku pecah berkeping-keping menjadi air mata. Lalu kututup emelku dan kutarik nafasku sedalam mungkin.
“Allahumma inni a’udzubika minalhammi walhazan wa a’udzubika minal ‘ajzi walkasal wa a’udzubika minal jubni walbukhl wa a’udzubika min gholabatiddaini wa qohrirrijal…Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas dan sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang”




Aku cuba menerima ini sebagai cabaran untuk aku lebih berusaha gigih menghasilkan report yang superb!!!...???...

Mampukah aku memikulnya? Belum cuba belum tahu, tak kenal maka tak cinta. Perasaan aku ini memang mengalahkan orang putus cinta. Memang inilah cintaku, demi menyahut seruan agama, demi menggapai kejayaan untuk mak dan ayah di kampung, demi melihat senyuman mekar di wajah dua insan yang amat kucinta. Kerana kegembiraan mereka, adalah kegembiraanku juga. Memang pahit kurasakan, memang sukar untuk aku terima, apabila report proposalku direject. Tetapi, bukankah Allah berfirman:
 “fa inna ma’al ‘usri yusra (karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan)” Al-Insyirah ayat 5.
Mungkin ada kesilapan yang tidak kusedari. Setiap kepahitan itu pasti ada kemanisannya.

Membaca




Sudah berapa kali kita membaca Al-Qur'an sepanjang umur kita?
sudahkah kita memahami isi yang terkandung dalam Al-Qur'an?



 

Ilmu itu ibarat cahaya yang menerangi hidup manusia

 

Jangan sesekali memisahkan Al-Qur'an dengan Al-Hadis 


 
 
Jadilah generasi yang membina kekuatan ummah

 

Ketahuilah juga siapa musuh kita yang nyata dan yang tersembunyi


 
 Membaca juga dapat menyingkap rahsia di sebalik kejadian

 

Mantapkan diri dengan membaca

   
 
Binalah diri dengan Al-Qur'an dan Al-Hadis

 

 Jangan sesekali merasa diri sudah cukup

 

Kita ini manusia yang penuh dengan kekurangan

 

Tetapi kita dikurniakan akal dan fikiran

 

 Dengan itu kita dapat membezakan yang baik dengan yang buruk

 

Sentiasalah mencari ruang dan peluang untuk membaca


Untuk renungan semua...


Thursday, April 1, 2010

I am Muslimah


Aku Muslimah.


Aku bukan Aminah, ibu Rasulullah yang tabah,


Aku bukan Khadijah, wanita penyejuk hati Rasulullah,


Aku bukan Aisyah, isteri Rasulullah yang bijak,


Aku bukan Fatimah, anak Rasulullah yang taat,


Aku bukan Mariam, wanita yang diangkat darjatnya sebagai wanita suci,


Aku juga bukan Rabi’atul Adawiyah, yang cintanya penuh hanya untuk Ilahi,


Aku bukan Asiah, wanita cekal di mahligai kezaliman,


Aku bukan Masyitah, wanita teguh dalam pendirian,


Aku bukan Sumayyah, wanita agung menggoncang dunia,


Akulah Muslimah yang ingin meneladani wanita2 pejuang Islam,


Tetapi aku sendiri ralat dalam mencari cintaNya,


Tetapi aku ingin bangkit menghidupkan nur Islam di jiwaku,


Agar bekalanku cukup untuk menemui Rabbul ‘Izzati,


Namun duri yang kupijak semakin tajam,


Semoga aku tabah menghadapi ranjau ini,

Semoga nanti akan kutemui damai yang hakiki…