...Aku bersiap-siap untuk meninggalkan gubuk tua milik orang tua ini. Sekali lagi kuucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya sebab telah bersedia memberikan tempat dan telah berkongsi kisah yang amat berharga.
Aku ingin ingin memberikan sedikit wang kepada orang tua itu, tetapi dengan serta-merta dia menolaknya.
"Bolehkah suatu saat nanti...jikalau Allah masih memberikan umur...saya datang lagi untuk bersilaturrahim?"tanyaku.
"Silakan, nak. Semoga Allah mengurniai kita umur yang panjang dan berkat serta bermanfaat."
"Amin."
"Amin."
"Saya mohon diri, pakcik."
"Ya, nak. Hati-hatilah. Tetapkan langkahmu. Dibahagian bumi manapun, ingatlah bahawa bumi ini milik Allah. Ingatlah kepada Sang Pemiliknya. Puji Dia. Besarkan nama-Nya dan janganlah engkau sibuk dengan semua nama selain nama Allah SWT. Semua nama selain nama-Nya, sia-sia sahaja." ...
Petikan dari novel Munajat Cinta oleh Taufiqurrahman al-Azizy.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah:29)
Kemanapun kita pergi, ingatlah bumi yang kita pijak ini adalah milik Allah SWT. Ingatlah juga, kemana kita pergi,apa yang kita lakukan, tujuan kita, niat hati kita semuanya diketahui Allah. Allah itu maha mengetahui.
Sayangnya, ada sebahagian daripada manusia di muka bumi ini angkuh. Mereka sibuk dengan kerjaya mereka, jawatan mereka dan sebagainya. Sehinggakan mereka lupa solat lima waktu, diri mereka sebagai hamba Allah, peranan mereka sebagai muslim, dan khalifah di muka bumi ini.
هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ فَمَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًا وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (Fathir:039)
Ada yang tanpa segan silu melangkah di atas muka bumi Allah ini dengan melanggar larangan Allah. Membuka aurat, menuju ketempat maksiat, kehulu kehilir mengusung kekasih tanpa ikatan yang sah. Apabila ditegur, "alah, tiada paksaan dalam beragama". Wah! senang sekali kalian mempersendakan ayat Allah! Tidakkah kalian malu? Sememangnya tiada paksaan dalam beragama, tetapi tidak terfikirkah kalian untuk memilih jalan yang terbaik dalam kehidupan kalian? sampai bilakah kalian memilih untuk terus dimurkai Allah?
Andai kata kalian diberi dua pilihan, satu pinggan berisi nasi dan lauk yang enak, tetapi terdapat najis di dalamnya, satu lagi pinggan yang berisi nasi dan lauk yang enak lagi berkhasiat...lalu pinggan yang manakah akan kalian pilih? Pinggan yang pertama atau yang kedua?
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah:256)
Sudah jelas Islam agama yang sangat memelihara kesucian dan kehormatan ummatnya, lalu mengapakah ada antara kita memilih jalan lain yang lari dari landasan yang ditetapkan syara'?
Lalu apakah yang kalian cari? Keseronokan? Kepuasan? Kebebasan? Sampai bilakah semua itu akan kita kecapi?
Wahai sahabat, kembalilah.
0 comments:
Post a Comment