Thursday, June 17, 2010

Hakikat Bahagia

Hakikat Bahagia

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Friday, June 11, 2010

Mata Duitan $_$



Berikutan isu judi bola yang telah membangkitkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia seolah-olah tidak dihiraukan. Dimanakah priority kita yang bergelar rakyat? 

Dimanakah hak yang selama ini mereka laungkan? Dimanakah janji mereka?

Sungguh ini amat MEMALUKAN. Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara ISLAM telah menghalalkan judi? Apakah alasan yang kukuh bagi mereka yang berkenaan? 

Dimanakah jati diri mereka yang meletakkan judi itu boleh dihalalkan bagi sesetengah masa? 
Apakah mereka mempunyai hujjah yang kukuh untuk melawan HUKUM ALLAH? Tidakkah mereka berasa MALU dengan tindakan yang amat melampau ini?

Tidakkah mereka takut dengan AZAB ALLAH? Tidak pernahkah mereka membaca AYAT-AYAT ALLAH? Tdakkah sampai kepada mereka ajaran Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W?

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Ta’ala” - Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 219: 










Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir (2:219)

Kesan judi itu sangat banyak buruknya jika dibandingkan dengan keuntungannya. Ia bukan sahaja merosakkan ekonomi, malah ia bakal merobek institusi kekeluargaan dan masalah sosial lain akan menular.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 90: 






Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Apakah yang ingin kita kejarkan? Keuntungan? Kekayaan? Adakah keuntungan dan kekayaan hanya diperoleh daripada judi? ADAKAH JUDI BOLEH MEMBAWA KEKAYAAN DAN KEUNTUNGAN UNTUK SEMUA PIHAK? Jawapannya, sudah tentu TIDAK. Pasti akan ada yang RUGI dan TERTINDAS.

Saya menulis ini bukanlah untuk mencaci atau mengeji sesiapa. Tetapi tujuan saya menulis ini adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Bagi orang yang berfikiran waras, judi itu merupakan satu perkara yang tidak masuk akal. Ia bakal merobek dan mencalar masyarakat. 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 119:






Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.(2:119)

Semoga kita semua sedar bahawa judi bola adalah satu KESILAPAN BESAR BAGI YANG MEMBENARKANNYA. Wallahua’lam.


Thursday, June 3, 2010

BUAT INSAN YANG DIUJI




Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang.
Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar kelak aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.
Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

  




 Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.
Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.
Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:





Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).
Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.
Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyadarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.