Friday, June 11, 2010

Mata Duitan $_$



Berikutan isu judi bola yang telah membangkitkan kemarahan dikalangan rakyat Malaysia seolah-olah tidak dihiraukan. Dimanakah priority kita yang bergelar rakyat? 

Dimanakah hak yang selama ini mereka laungkan? Dimanakah janji mereka?

Sungguh ini amat MEMALUKAN. Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara ISLAM telah menghalalkan judi? Apakah alasan yang kukuh bagi mereka yang berkenaan? 

Dimanakah jati diri mereka yang meletakkan judi itu boleh dihalalkan bagi sesetengah masa? 
Apakah mereka mempunyai hujjah yang kukuh untuk melawan HUKUM ALLAH? Tidakkah mereka berasa MALU dengan tindakan yang amat melampau ini?

Tidakkah mereka takut dengan AZAB ALLAH? Tidak pernahkah mereka membaca AYAT-AYAT ALLAH? Tdakkah sampai kepada mereka ajaran Nabi Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W?

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Ta’ala” - Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.


Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 219: 










Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir (2:219)

Kesan judi itu sangat banyak buruknya jika dibandingkan dengan keuntungannya. Ia bukan sahaja merosakkan ekonomi, malah ia bakal merobek institusi kekeluargaan dan masalah sosial lain akan menular.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ma’idah, ayat 90: 






Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Apakah yang ingin kita kejarkan? Keuntungan? Kekayaan? Adakah keuntungan dan kekayaan hanya diperoleh daripada judi? ADAKAH JUDI BOLEH MEMBAWA KEKAYAAN DAN KEUNTUNGAN UNTUK SEMUA PIHAK? Jawapannya, sudah tentu TIDAK. Pasti akan ada yang RUGI dan TERTINDAS.

Saya menulis ini bukanlah untuk mencaci atau mengeji sesiapa. Tetapi tujuan saya menulis ini adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang bertanggungjawab. Bagi orang yang berfikiran waras, judi itu merupakan satu perkara yang tidak masuk akal. Ia bakal merobek dan mencalar masyarakat. 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 119:






Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.(2:119)

Semoga kita semua sedar bahawa judi bola adalah satu KESILAPAN BESAR BAGI YANG MEMBENARKANNYA. Wallahua’lam.


1 comments:

Anonymous said...

nice entry ^_^