Arakian, pada suatu petang yang indah, berjalanlah seorang pemuda yang bernama Ghulam. Lalu dia berjumpa dengan teman-temannya di sebuah pondok di tepi sungai. Munir, Muiz, Mazlan dan Mizwan, mereka adalah teman-teman yang sangat akrab. Apabila Ghulam mendekati teman-temannya itu, dia mendapati kesemua temannya itu sedang menangis. Dia berasa amat hairan, mengapakah lelaki-lelaki ini menangis? Lalu Ghulam bertanya kepada teman-temannya, “Apakah yang membuatkan kalian menangis?” lalu seorang demi seorang menceritakan mengapa mereka menangis. Munir menangis kerana ditinggal kekasih hati tanpa sebab, Muiz menangis kerana merasakan tiada siapa yang memahami dirinya. Sedangkan Mazlan menangis kerana kecelakaan yang menimpa dirinya, manakala Mizwan menangis kerana mengenangkan ajal semakin hampir, tetapi amalannya masih kurang.
Ghulam sangat tersentuh dengan kisah teman-temannya itu. Lalu Ghulam berkata, “Wahai teman-temanku, mahukah kalian mendengarkan kalimah yang akan kusampaikan?” lalu, kesemua teman-temannya itu mengangguk dan menyeka air mata mereka.
Lalu Ghulam memulakan bicaranya, “Teman-temanku, keikhlasan dalam beramal itu penting, kerana ria’ itu perosak amalanmu. Ajal itu sememangnya semakin hampir, tidak kira bagi yang tua mahupun yang muda. Oleh itu, sentiasalah mempersiapkan diri untuk bekalan hari akhirat kelak. Hidup kita ini semangnya penuh dengan ujian, berlapang dadalah, kerana ujian itu ibarat guru bagimu. Masih ingatkah kalian menganai sebuah hadis yang pernah dibacakan oleh tuan guru kita pada sepurnama yang lalu?,
Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. (Hadis riwayat Thobrani) ”.
Lalu teman-teman Ghulam menyahut, “Wahai Ghulam, anda telah menyedarkan kami. Terima kasih Ghulam”. Ghulam tersenyum dan gembira melihat teman-temannya bersemangat kembali.
“Allah juga berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” ,Mizwan menyambung kata-kata Ghulam sambil memandang wajah teman yang lain.
Begitulah kisah Ghulam dan teman-temannya pada petang yang mendamaikan itu. Mereka pulang dengan hati yang gembira. Seraya mereka berkata, “Alhamdulillah… ::^_^::”
0 comments:
Post a Comment