Monday, January 31, 2011

Sila Beri Tempat Duduk


Pagi itu tren menuju ke Seremban agak sesak, almaklumlah hujung minggu memang biasanya tren akan penuh. Ramai penumpang yang ‘steady’ berdiri termsuklah kami yang muda belia. Macam-macam ragam manusia kami lihat. Ada yang duduk sambil membaca, ada yang duduk tak tahu apa yang dibuat, ada juga yang tidur dan yang paling kami tak boleh ‘blah’ mereka-mereka yang duduk ni boleh buat tak tahu sahaja bila melihat seorang ibu MENGANDUNG berdiri dalam tren ni! Ada ke patut? Isk3…inikah sikap orang Malaysia yang dikatakan kaya dengan budi bahasa? 

Kami pun tak faham dengan mereka ini, sebab dalam koc ni semua wanita, dan kami kira sebahagian daripada mereka ini pernah bergelar ibu (pada sangkaan kami, sebab sebahagian dari mereka berusia 30 tahun ke atas). Dimanakah peri kemanusiaan mereka? Tetapi setelah diperli PEDAS oleh rakan kami, akhirnya seorang daripada mereka yang duduk ini memberi tempat duduk kepada wanita tersebut. Sakit hati bukan kepalang, geram sebab kami kasihan melihat wanita tersebut berdiri. Dari riak wajahnya, kami dapat lihat bahawa wanita tersebut sangat keletihan. Dan akhirnya kami lega kerana wanita tersebut dapat duduk. 

Nasihat kami di sini, kepada penumpang-penumpang, silalah beri keutamaan kepada yang lebih memerlukan terutamanya kepada ibu mengandung, warga tua dan orang kurang upaya. Kerana kita masih lagi punya kudrat yang kuat untuk berdiri, bukannya lama pun nak kena berdiri, tak hilang kaki pun. Jadilah insan yang bersyukur dengan kurniaan Allah, bukan orang yang kufur nikmat. Gunakanlah kudrat yang ada sebaiknya dan hulurkanlah bantuan kepada yang lebih memerlukan. 

Sekadar pesanan. Semoga beroleh manfaat. Sekian wassalam.

0 comments: