Pagi itu aku bangun, kupandang laptop yang selalu meragam. Sepi. Hakikatnya ianya banyak mengganggu kerja-kerja aku, termasuk perbincangan malam tadi. Persoalan yang masih belum terjawab, perbincangan terganggu, rasa serba salah dan macam-macam lagi. Bila dah jadi macam ni, maka berlakulah noise dalam komunikasi yang menyebabkan misscommunication dan misunderstanding. Kepada sesiapa yang terlibat, aku memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. "Hailah laptop, kenapelah engko ni, asyik wat hal aje. Nape? engko rindu kat tuan engko ke? Aku mintak maafla, sebab aku, engko terpakse berpisah dengan tuan engko. Ke sebab tuan engko x ikhlas nak pinjamkan engko kat aku??? =P entah pape. P/S: Kepade tuan laptop ni, jangan terase pulak ye, hehe...jangan marah ye Una, nanti cepat tue =P".
Cuti. Lantaran poketku yang kekeringan, maka cuti kali ini terpaksalah aku bertahan duduk di sini. Bila ditanya oleh kawan-kawan, mengapa aku tidak pulang ke kampung, dengan poyonye aku menjawab "Nak siapkan assignment. Kalau balik kampung x bleh nak siapkan keje.". Wah, bernas juga jawapan aku. Demi mengelakkan persoalan yang seterusnya disoal oleh rakan-rakan. Ada orang kata aku ni sibuk macam YB, tak kurang juga yang kata macam PM. "Ape-ape jelah, persoalannye logik ke seorang student bleh jadi YB dan dalam masa yang sama bleh jadi PM? =P."
Kampung. Bukan aku tidak rindu kepada mereka, malah aku sangat terkilan kerana tidak dapat bersama-sama keluarga untuk cuti kali ini. Keadaan kewanganku memang tidak mengizinkan, aku pasrah. Selaku pelajar yang bergantung pada wang tajaan, aku hanya mampu berharap. Untuk semester ini, aku masih belum menerima apa-apa daripada pihak penaja. "Sabo jela, kalau wat demo nanti kate tak bersyukur pulok =P. Doh blajo free, wang saku free, ape kes nak bising-bising?" Itulah antara monologku dikala memikirkan hakikat yang perlu aku hadapi. Speechless~~ Suka untuk aku katakan: Rezeki di mana-mana.
Alhamdulillah. Dalam liku-liku hidup ini, aku bersyukur. Aku masih diberi peringatan oleh-Nya. Hakikatnya, hidup ini perlu kepada peringatan dan dugaan.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-ankabut: 2-3)
2 comments:
logik! seorang PM mestilah juga seorang YB.Tapi, seorang MB blm tentu mnjadi PM
di sebalik dugaan,masih ramai yg mnderita,jd, senyumlah
serius je bunyi, yup, senyumlah, ^_^
Post a Comment