Allah… Hamba-Mu
ini memanjatkan setinggi-tinggi syukur atas jalan yang Engkau takdirkan ini.
Alhamdulillah, selesai semuanya, selesai latihan industri di RTM, laporan LI, pemarkahan
dari penyelia, dan yang paling penting, insyaAllah, aku bersedia untuk terus
berada di lapangan ini. Aku mohon ya Allah, semoga setiap jalan dan pilihanku
adalah ilham dan petunjuk dari-Mu, aku ingin selalu berada dalam cinta-Mu dan
keredhaan-Mu. Jika sebaliknya, aku mohon ya Allah, Engkau berikanlah aku
kekuatan untuk terus meraih cinta dan keredhaan-Mu. Aku takut ya Allah,
sekiranya jalan dan pilihanku mendatangkan kemurkaan dan laknat dari-Mu ya
Allah.
RTM
Pengalaman
sepanjang menjalani LI di RTM banyak memberikan warna dan rasa. Meskipun pada
awalnya aku merasakan sukar dan takutkan kesilapan, namun atas bantuan dan
kepercayaan yang diberikan, alhamdulillah, aku banyak belajar dan faham. Terima
kasih kepada semua penerbit, penolong penerbit, krew dan semua kenalan di RTM
atas kebaikan dan kerjasama dari kalian. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Sungguh,
pengalaman dan ilmu yang diperoleh di sini amat berharga dan banyak membantu
aku memperbaiki diri.
2014
Aku yakin,
setiap sendu dan tawa yang telah atau bakal aku lalui, takdir yang tertulis
untukku, adalah kerana cinta-Nya kepadaku. Cuma terkadang kita sebagai hamba
yang sering lupa dan alpa untuk menilai dan menghargai nikmat serta peluang. Semoga
kita terus kuat untuk mencapai cinta dan redha-Nya. Jangan pernah berputus asa,
teruslah bergantung harapan kepada Allah, kerana Dia selalu ada untuk
hamba-Nya, serta kasih dan sayang-Nya tidak pernah putus walaupun sedetik. YAKINLAH,
kerana JANJI-NYA itu PASTI. ^_^ .
0 comments:
Post a Comment