Tuesday, November 1, 2011

Al-An'am


Tanggal 11 Zulhijjah , pagi itu aku dan Angah sudah tidak sabar untuk melihat orang-orang kampung menyembelih lembu yang dibeli oleh ayah seminggu yang lalu. Inilah pengalaman pertama aku melihat bagaimana proses penyembelihan dijalankan. Walaupun jauh di sudut hati kami, kami berasa sayang untuk melihat lembu itu dikorbankan.

“Cucu atuk buat ape kat sini?” Atuk menyapa kami sambil memegang bahu angah dan menarik tanganku yang yang sedang menggigit jari.  “Atuk, kami sayang kat lembu tu, semalam Angah dan Along baru je bagi lembu tu makan,  tapi kalau dah sembelih nanti, tak dapatlah kami nak bagi die makan lagi, kan Along? ” Aku mengangguk, tanda setuju dengan kata-kata Angah.  “Tak salah cucu atuk sayang kat lembu tu, tapi di sinilah kita dapat melihat sejauh mana diri kita sanggup mengorbankan harta yang kita ada untuk beribadah kepada Allah. Dengan ibadah korban, ia mendidik kita agar tidak kedekut dan tidak tamak dengan harta yang kita miliki. Harta yang Allah kurniakan kepada kita bukanlah hanya untuk kita nikmati sendiri, tapi ia perlu dikongsi dengan orang lain yang berhak menerimanya.

Ibadah korban juga perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas, kerana Allah tidak menerima amalan orang yang tidak ikhlas. Kita perlu jelas dengan tujuan ibadah korban dilaksanakan, ia perlu dilakukan dengan niat kerana Allah untuk mendekatkan diri dengan Allah serta mendapatkan ganjaran yang telah dijanjikan.” Atuk bersyarah panjang. “Oh, Along tahu, macam cerita Habil dan Qabil kan atuk?” Aku mencelah. “Ya, pandai cucu atuk, kisah Habil dan Qabil adalah antara sejarah yang boleh dikaitkan dengan ibadah korban. Dalam surah Al- Ma’idah ayat yang ke-27, Allah berfirman maksudnya:

“dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa.”

“Oh, kalau macam tu, nanti Along besar, Along nak buat korban tiap-tiap hari, mesti dapat banyak pahala, kan atuk?” Atuk tersenyum mendengar celotehku. “Hurm, tapi ibadah korban dilakukan pada tarikh tertentu sahaja, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada setiap tahun. Haiwan untuk korban juga dikenali sebagai haiwan Al-An’am, seperti kambing, lembu, unta, kerbau, dan biri-biri.” “Kalau macam tu, Angah tak bolehlah korbankan ayam, sebab ayam bukan haiwan Al-An’am, kan atuk?” Angah bertanya lagi.

“Betul tu Angah, selain tu, hukum korban bagi Mazhab Syafi’e adalah sunat mu’akkad bagi yang mampu dan makruh hukumnya sekiranya ditinggalkan.” “Ye atuk, ustaz kat sekolah Along pun ade bagi tahu macam tu, satu pertiga bahagian korban dimakan, satu pertiga lagi diagihkan kepada orang Islam fakir miskin dan satu pertiga lagi diagihkan kepada jiran tetangga, kenalan dan muslim yang terlibat sebagai sedekah ataupun hadiah.” Atuk tersenyum mendengar celotehku. “Betul tu Along, bagus cucu-cucu atuk”.

Tiba-tiba kedengaran suara takbir dilaungkan Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Bismillah, Allahumasolli‘ala Muhammad, Allahumma haazihi minka wa ilaika fataqabbal minni, Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd. Urat halkum dan marih diputuskan, dengan pisau yang telah diasah oleh ayah, selesailah penyembelihan  pada hari penuh bersejarah itu…

Thursday, August 18, 2011

DI PANGKIN ATUK



Petang itu kami duduk di pangkin di hadapan rumah Tok Ki sambil mendengar celoteh daripada Tok Ki. Aku masih ingat lagi kata-kata Tok Ki kepada kami, “Cucu-cucu Tok Ki mesti puasa penuh tahun ni, kalau tak…”, “Kalau tak, tak boleh raya, kan Tok Ki?”, kami serentak tertawa dengan gelagat Abang Cik, belum sempat Tok Ki  menghabiskan kata-katanya, Abang Cik terus mnyampuk. Lalu Abang Long menepuk bahu Abang Cik dan menegur perbuatannya yang kurang sopan itu. “Tak apa, betullah apa yang Abang Cik cakap tu…tapi kalau cucu-cucu Tok Ki nak tahu, puasa ni mengajar kita menjadi hamba Allah yang lebih hebat”, Tok Ki meneruskan celotehnya. “Macam mana tu Tok Ki?”, aku mula berteka-teki. “Ada empat perkara:”, Tok Ki menyambung kata-katanya...

Pertama:
Puasa mengajar kita rasa keterikatan dengan Allah. Mengapa? Kerana apabila berpuasa, kita akan berasa lapar dan dahaga. Bila dah lapar dan dahaga, mulalah rasa nak makanlah, minumlah, tapi, disebabkan sedar akan tanggungjawab kita sebagai Muslim yang berpuasa di bulan Ramadhan, lalu kita membatalkan niat kita itu, kerana kita berasa Allah melihat kita. Hebat kan?

Kedua:
Pada bulan puasa juga kita berasa lebih mudah untuk beribadah. Kenapa? Sebab kita berada dalam keadaan lapar dan dahaga, dalam keadaan ini, nafsu kita dapat dikawal dan pada waktu ini, syaitan juga tidak dapat menggoda anak Adam. Maka, mudahlah untuk kita melakukan ibadah seperti solat, tadarrus Al-Qur’an, zikir, sedeqah dan macam-macam lagi. Kalau kita betul-betul manfaatkan masa ini, insyaAllah, kita akan menjadi hamba Allah yang lebih taat.

Ketiga:
Puasa mendidik jiwa. Bagaimana? Puasa secara tidak langsung mendidik jiwa kita agar bersifat sabar dan tidak melampau. Dalam menjalani ibadah puasa, kita bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita juga menahan diri daripada mengikut hawa nafsu dan banyak bersabar. Malahan, puasa mengajar kita bagaimana orang yang hidup susah terpaksa mengikat perut untuk makan dan minum. Dengan ini, puasa mengajar kita agar bersyukur  dengan rezeki yang diberikan oleh Allah dan tidak berlebih-lebihan dalam berbelanja.

Keempat:
Puasa menerbitkan rasa kasih-sayang. Pernahkah kita terfikir? Betapa uniknya ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Ibadah puasa mendidik kita agar menyelami kesempitan hidup saudara kita yang hidup susah dan serba kekurangan. Ini akan dapat mengeratkan lagi perasaan kasih-sayang antara kita kerana kita juga dapat merasa bagaimana perasaan mereka. 


“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadhan pastilah umatku akan mengharapkan setahun seluruhnya menjadi ramadhan.”
(Hadis Riwayat Khuzaimah)

Sehingga kini aku masih ingat lagi empat perkara yang pernah disebut oleh Tok Ki. Kini, baru aku mengerti betapa puasa sebenarnya jika kita hayati dengan sepenuhnya, ia mampu mengembalikan kita kepada fitrah yang suci. Wallahua’lam.


Sunday, July 17, 2011

DIA YANG SEMAKIN HAMPIR

KARNIVAL IBADAH

Hadiah bonus lebih hebat 10 malam terakhir Ramadhan.
Tarikh : 01 – 30 Ramadhan 1432 H
1 Ogos – 30 Ogos 2011
Masa : 24 jam
Tempat : Dataran Allah (Bumi Allah)

Aktiviti Menarik ^_^
· Solat Fardhu
· Puasa wajib
· Bersahur
· Berbuka puasa
· Zikrullah
· Qiamullail
· Zakat Fitrah
· Menuntut ilmu
· Sedekah Jariah
· Iktikaf di Masjid
· Tadarus Al-Qur’an
· Dan banyak lagi!!!

Hadiah dan Bonus Hebat ^_^
· Keredhaan Allah
· Keampunan Allah
· Balasan Syurga
· Tingkatkan Taqwa
· Potongan 100%
· Jimat Belanja
· Sihat Tubuh Badan
· Rezeki Mencurah
· Do’a Dimakbulkan
· Malam Lailatul Qadar
· Dan Banyak Lagi!!!

Syarat Tawaran ^_^
· Muslim
· Baligh dan Berakal
· Ikhlas
· Ikut peraturan
· Percuma

Rebutlah tawaran paling lumayan dari ALLAH S.W.T ini selagi stok umur masih ada! Jangan ketinggalan ^_^

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Al-Qur’an, Hadith, dan Ulama’ berhampiran anda ^_^

Monday, June 20, 2011

HAUNTED, DID YOU?


Did u ever feel in every corner that u go, every steps that u make and every seconds that was going on the only one that u feel is HAUNTED. What I'm talking about??? The time is haunting me. Really, I don't think this is a joke, but seriously, there is no comfort zone, even Patrick can't bear this situation, there is no more tears, because even Spongebob can't absorb the tears. Hey, Mr. Crab, did u still smelling the money??? Please, don't do such a wasting thing, because the time is cutting u, perhaps, they are not shining as gold anymore, but they are sharp as a sword.

But, the only one that we need to remember, here, I remind myself:

As Allah says in Surah Al-Insyirah: 





For indeed, with hardship [will be] ease. (94:5)
 
  Indeed, with hardship [will be] ease.(94:6)

....................................................................................................

Thursday, June 9, 2011

RINDU


Seminggu yang amat melelahkan. Aku terduduk di tangga masjid, air mataku tidak tertanggung lagi. Aku cuba mengingatkan diriku, “sabar, ini baru sikit, takkan ko dah nanges. Malu je”, tak sepatutnya kau mengeluh begini". Entah kenapa macam-macam benda dok berlegar-legar dalam fikiran, ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu, aku malu pada sahabatku, aku malu kerana tidak dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Buat sahabat, aku mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. Aku mohon agar agar urusanku dipermudahkan oleh-Nya, air mataku semakin laju mengalir, aku berasa lemahnya diri ini. Mak, ayah, adik-adik, aku mohon maaf, jadualku di sini amat padat, sehinggakan aku tiada masa untuk pulang ke rumah. Tapi, percayalah, do'aku buat kalian tidak pernah putus, kasihku pada kalian tidak pernah berkurang walau seincipun. Doakan aku agar tsabat dan istiqamah dalam perjuangan ini. Maaf buat mak, ayah dan adik-adik, aku selalu memberi jawapan yang mengecewakan apabila kalian bertanyakan padaku bila aku mahu pulang ke rumah. Maafkan diri ini, ketahuilah, AKU RINDU PADA KALIAN. Buat sahabat seperjuangan, semoga kita semua bersatu hati dalam mencapai cinta dan keredhaan-Nya. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang kalian berikan, aku akan cuba sedaya upayaku untuk menjadi yang terbaik buat SEMUA.

Friday, April 29, 2011

Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah...
Penawar hati kekasih Allah ...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak ...
Pendorong semangat...
Kesusahan dan penderitaan tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku...
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah...
Akur dalam setiap perintah...
Taat dengan ayahnya...
Yang sentiasa berjuang...
Tiada memiliki harta dunia...
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah...
Inginku intip serpihan kesabaran...
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahkah jiwaku...
Setabah ummi Nabi Ismail...
Mengendong bayinya yang masih merah...
Mencari air penghilang dahaga...
Diterik padang pasir marak...
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah...
Pengharapannya hanya pada Allah...
Itulah wanita yang bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keagungan iman...
Bersinar indah...
Harum tersebar...
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Sunday, April 17, 2011

WAITING


Why people waiting?
Why I'm waiting?

Is it possible for us to get what we want by just waiting?
Perhaps, it would hurt yourself.
Don't make such a wasting thing in your life...
You need effort to get what do you want, not just waiting and hoping...

Is it true?
Yes it is true...
And now...I'm working hard to get what I want in my life...
May Allah bless me...
I'll get it...insyaAllah...ameen...

Monday, January 31, 2011

Sila Beri Tempat Duduk


Pagi itu tren menuju ke Seremban agak sesak, almaklumlah hujung minggu memang biasanya tren akan penuh. Ramai penumpang yang ‘steady’ berdiri termsuklah kami yang muda belia. Macam-macam ragam manusia kami lihat. Ada yang duduk sambil membaca, ada yang duduk tak tahu apa yang dibuat, ada juga yang tidur dan yang paling kami tak boleh ‘blah’ mereka-mereka yang duduk ni boleh buat tak tahu sahaja bila melihat seorang ibu MENGANDUNG berdiri dalam tren ni! Ada ke patut? Isk3…inikah sikap orang Malaysia yang dikatakan kaya dengan budi bahasa? 

Kami pun tak faham dengan mereka ini, sebab dalam koc ni semua wanita, dan kami kira sebahagian daripada mereka ini pernah bergelar ibu (pada sangkaan kami, sebab sebahagian dari mereka berusia 30 tahun ke atas). Dimanakah peri kemanusiaan mereka? Tetapi setelah diperli PEDAS oleh rakan kami, akhirnya seorang daripada mereka yang duduk ini memberi tempat duduk kepada wanita tersebut. Sakit hati bukan kepalang, geram sebab kami kasihan melihat wanita tersebut berdiri. Dari riak wajahnya, kami dapat lihat bahawa wanita tersebut sangat keletihan. Dan akhirnya kami lega kerana wanita tersebut dapat duduk. 

Nasihat kami di sini, kepada penumpang-penumpang, silalah beri keutamaan kepada yang lebih memerlukan terutamanya kepada ibu mengandung, warga tua dan orang kurang upaya. Kerana kita masih lagi punya kudrat yang kuat untuk berdiri, bukannya lama pun nak kena berdiri, tak hilang kaki pun. Jadilah insan yang bersyukur dengan kurniaan Allah, bukan orang yang kufur nikmat. Gunakanlah kudrat yang ada sebaiknya dan hulurkanlah bantuan kepada yang lebih memerlukan. 

Sekadar pesanan. Semoga beroleh manfaat. Sekian wassalam.