Friday, April 29, 2011

Wanita Solehah


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah...
Penawar hati kekasih Allah ...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak ...
Pendorong semangat...
Kesusahan dan penderitaan tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku...
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah...
Akur dalam setiap perintah...
Taat dengan ayahnya...
Yang sentiasa berjuang...
Tiada memiliki harta dunia...
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah...
Inginku intip serpihan kesabaran...
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahkah jiwaku...
Setabah ummi Nabi Ismail...
Mengendong bayinya yang masih merah...
Mencari air penghilang dahaga...
Diterik padang pasir marak...
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah...
Pengharapannya hanya pada Allah...
Itulah wanita yang bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keagungan iman...
Bersinar indah...
Harum tersebar...
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Sunday, April 17, 2011

WAITING


Why people waiting?
Why I'm waiting?

Is it possible for us to get what we want by just waiting?
Perhaps, it would hurt yourself.
Don't make such a wasting thing in your life...
You need effort to get what do you want, not just waiting and hoping...

Is it true?
Yes it is true...
And now...I'm working hard to get what I want in my life...
May Allah bless me...
I'll get it...insyaAllah...ameen...

Monday, January 31, 2011

Sila Beri Tempat Duduk


Pagi itu tren menuju ke Seremban agak sesak, almaklumlah hujung minggu memang biasanya tren akan penuh. Ramai penumpang yang ‘steady’ berdiri termsuklah kami yang muda belia. Macam-macam ragam manusia kami lihat. Ada yang duduk sambil membaca, ada yang duduk tak tahu apa yang dibuat, ada juga yang tidur dan yang paling kami tak boleh ‘blah’ mereka-mereka yang duduk ni boleh buat tak tahu sahaja bila melihat seorang ibu MENGANDUNG berdiri dalam tren ni! Ada ke patut? Isk3…inikah sikap orang Malaysia yang dikatakan kaya dengan budi bahasa? 

Kami pun tak faham dengan mereka ini, sebab dalam koc ni semua wanita, dan kami kira sebahagian daripada mereka ini pernah bergelar ibu (pada sangkaan kami, sebab sebahagian dari mereka berusia 30 tahun ke atas). Dimanakah peri kemanusiaan mereka? Tetapi setelah diperli PEDAS oleh rakan kami, akhirnya seorang daripada mereka yang duduk ini memberi tempat duduk kepada wanita tersebut. Sakit hati bukan kepalang, geram sebab kami kasihan melihat wanita tersebut berdiri. Dari riak wajahnya, kami dapat lihat bahawa wanita tersebut sangat keletihan. Dan akhirnya kami lega kerana wanita tersebut dapat duduk. 

Nasihat kami di sini, kepada penumpang-penumpang, silalah beri keutamaan kepada yang lebih memerlukan terutamanya kepada ibu mengandung, warga tua dan orang kurang upaya. Kerana kita masih lagi punya kudrat yang kuat untuk berdiri, bukannya lama pun nak kena berdiri, tak hilang kaki pun. Jadilah insan yang bersyukur dengan kurniaan Allah, bukan orang yang kufur nikmat. Gunakanlah kudrat yang ada sebaiknya dan hulurkanlah bantuan kepada yang lebih memerlukan. 

Sekadar pesanan. Semoga beroleh manfaat. Sekian wassalam.

Tuesday, November 30, 2010

BERBALOIKE?



APEKAH?
Berbaloike?
Aku dok tunggu, dok mengire mase,
Menanti bende yang aku sendiri tak pasti,
Macam tunggu bende yang terawang-awang,
Entah bile bende tu nak turun,
Aku pon tak tau…
Berbaloike?
Aku dok tepis sane sini,
Sedangkan yang aku nanti tak kunjung tibe?
Kadang-kadang aku pon naik bosan dok main teka-teki,
Sebab jawapannya selalu tersasar,
Berbaloike?
Ke, aku nak kene blah sekarang jugak?
Tapi, kalau tibe-tibe bende tu muncul mase aku dah blah macam mane?
Ades, kusut, kusut,
Berbaloike?
Aku tunggu sampai letih, sampai lenguh,
Sampai aku pun tak tau ape patut aku buat…
Semuanya serba tak kene,
Canggung…canggung…
Apekah kebodohan yang telah aku lakukan?
Sampai aku rasa lemas, rimas macam ni?
Apekah?
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Kamal     : Weh Ali, ape ko buat ni?
Ali          : Aku tunggu baslah, ape lagi, ko tak nampak ke aku dok tercongok tunggu bas tak datang-datang dari tadi.
Kamal     : Astaghfirullahal’adzim…Ali, ko ni demam ke ape?
Ali          : Apesal pulak?
Kamal    : Ali, ni tempat menunggu teksi, bus stand kat sana tu ha…kat seberang sana…
Ali         : ???Eh? yeke? Alamak, aku dah salah tempat la, patutla bas tak sampai-sampai…
P/s: Entry ini tidak menggunakan Bahasa Melayu standard, harap maklum.

Saturday, October 16, 2010

CONFUSE...



KUIS atau UiTM ?

Tiba2 tak tahu nak kemana?

Pada tanggal ~~ Oktober 2010, daftar ke KUIS atau interview di UiTM. Tarikh yang sama, hati dah berbelah bahagi, kalau sebelum ini keputusanku tekad, sekarang lain pula jadinya.

"Pilihan ditangan anda, peluang yang dibuka jangan dilepas".

"Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat", kata ayah...

PANGGILAN TEMU DUGA SESI AKADEMIK DISEMBER 2010 Berhubung dengan permohonan saudara/saudari untuk program seperti di bawah, saudara/saudari dijemput menghadiri temu duga yang akan diadakan seperti berikut:

SARJANA MUDA KOMUNIKASI (KOMUNIKASI INSTRUKSIONAL DAN LATIHAN) KEPUJIAN - MC226 

..............................

Tak disangka permohonan ke UiTM intake Disember 2010 diterima TAPI sesi temuduga itu yang menentukan langkah seterusnya...
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua...

Apapun keputusannya, semoga redha dan keberkatan Allah sentiasa bersama-sama menyusur kehidupan ini. Ameen...





Monday, October 11, 2010

A is For Allah -Yusuf Islam-

PELIKKAH?

Pagi itu, Qibah keluar dari bilik menuju ke kelas dengan membawa Al-Qur’an. Semalam Qibah telah bertemu dengan ustazah Iman, pensyarah Pengajian Islam itu  untuk menyemak bacaan Al-Qur’annya. Pensyarah berusia awal 30-an itu bersetuju untuk menyemak bacaan Qibah pada hari ini. 

Selesai kelas yang pertama, Qibah tidak menyertai rakan-rakan yang lain untuk minum pagi di cafĂ©. “Jannah, Qibah nak jumpa ustazah Iman, Jannah dengan yang lain pergi dulu ya”. Qibah memberitahu Jannah sambil memeluk beg kecil berwarna biru muda yang berisi Al-Qur’an. “Ok, Qibah nak kami tunggu ke?” Jannah bertanya sambil memandang beg biru muda yang dipeluk Qibah. “Takpe, Qibah kenyang lagi, sarapan pagi tadi”. Qibah memberikan alasan. “Eh, apa yang ada dalam beg kecil tu?”, Jannah kehairanan kerana melihat Qibah begitu menjaga beg tersebut seperti ada benda berharga di dalamnya. “Owh, dalam beg ni ada Qur’an”, Qibah menjawab pendek. “Eh? Kenapa bawak Qur’an?”, Jannah memandang Qibah kehairanan. “Ni nak buat hantaran kahwin, hihi…”, Qibah menjawab dengan gurauan. “Ada-ada ajalah awak ni Qibah, ok, kita jumpa di dewan kuliah petang nanti ya”, Jannah meminta diri sambil melambaikan tangannya. Qibah membalas lambaian sahabatnya itu dengan senyuman.

Qibah tiba di bilik ustazah Iman, tetapi ustazah Iman tiada. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, satu mesej diterima, “Assalamu’alaikum. Qibah, awak tunggu saya di bilik kuliah 2”, mesej daripada ustazah Iman itu membuatkan Qibah berasa lega. “Eh, Qibah buat apa kat sini? ”, Satu suara menyapanya. “Qibah nak jumpa ustazah Iman, tapi dia suruh Qibah tunggu dia kat bilik kuliah 2, qibah pergi dulu ya”, Qibah menjawab pertanyaan Kak Aisyah sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg. “Sekejap Qibah, apa yang ada dalam beg kecil tu?”, Kak Aisyah memandang beg kecil berisi Al-Qur’an yang dipeluk Qibah. “Dalam ni ada Qur’an ”, sekali lagi Qibah menjawab pendek. “Eh? Kenapa bawa Qur’an pulak?”, Kak Aisyah mengerutkan dahinya. “Saje je, hihi…”,Qibah tersengih menjawab soalan Kak Aisyah, rakan sebiliknya semasa dia berada di semester satu, dua thun yang lepas. “Peliklah Qibah ni”, Kak Aisyah memandang Qibah dengan penuh kehairanan. “Tak pelik pun, hihi…ok Kak, Qibah Pergi dulu ya, Assalamu’alaikum”, Qibah meminta diri dan terus berlalu. 

Qibah berlari anak menuju ke bilik kuliah 2, khuatir jika ustazah Iman sudah sampai terlebih dahulu. Setibanya di hadapan bilik kuliah 2, Qibah berasa lega kerana ustazah belum sampai lagi. Qibah menanti ustazah iman di hadapan bilik kuliah 2 sambil bersandar di koridor. Sungguh, Qibah berasa hairan apabila rakan-rakannya seolah-olah berasa pelik apabila Qibah menjawab isi yang ada di dalam beg kecil biru muda itu adalah Al-Qur’an. Pelikkah aku membawa kitab suci ini? Qibah bermonolog sendirian. Sebenarnya, bukan Jannah dan Kak Aisyah sahaja yang berkerut dahi apabila mengetahui isi yang terdapat dalam beg kecil biru muda yang dipeluk Qibah itu, malahan Dila, Nisa dan beberapa rakan yang lain juga mengerutkan dahi mereka. Jika di sekolahnya dahulu, membawa Al-Qur’an kemana-mana bukanlah suatu perkara yang pelik ataupun aneh. Inilah yang membezakan sekolahnya dengan tempat yang dia belajar kini. Jika disekolah, jemaah di surau penuh, boleh dikatakan hampir semua pelajar lelaki boleh mengimamkan solat dan membaca do’a. Berbeza pula dengan tempat belajarnya kini, boleh dikatakan pelajar lelaki yang mampu mengimamkan solat dan membacakan do’a ialah seratus dalam satu, kebanyakan pelajar lelaki di sini lebih pakar dalam ‘mengayat’ pelajar perempuan dan bergaya dengan fesyen terkini. Sungguh, Qibah sangat merindui zaman persekolahannya dahulu, hatinya sentisa sejuk dengan bi’ah solehah yang mekar di sana. 

“Assalamu’alaikum Qibah, jauhnya termenung, dah lama tunggu?”, Ustazah Iman mematikan lamunan Qibah sambil tersenyum. “Taklah, baru sampai”, Qibah gembira melihat Ustazah Iman dihadapannya sambil memberikan senyuman kepada pensyarah yang dikaguminya itu. Mereka masuk ke dalam bilik kuliah dan Qibah memulakan bacaannya…