Tuesday, April 6, 2010

Susah?

Aku terduduk mengenangkan report proposal aku yang sudah dua kali ditolak oleh lecturerku. Berkali-kali kubelek-belek helaian kertas putih itu. Namun aku tidak menemui dimana silapku. Apalah salah aku, sampai begini nasibku.
Cemburu sekali apabila aku mendengar ramai rakan-rakanku yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan final report mereka. Malangkah nasibku? Atau beruntungkah aku kerana masih diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki final reportku?
Pelbagai persoalan timbul, pelbagai jawapan cuba ku cari untuk menyedapkan fikiran yang berkecamuk dengan persoalan dan persoalan. Inilah saat paling getir yang aku lalui, sepanjang aku bergelar pelajar. Kalau selama ini aku merasakan payah, inilah yang paling payah bagiku. Final report yang kusangkakan enteng bagiku, rupa-rupanya mendatangkan resah dan gelisah dalam hari-hari yang kulalui.
I AM REJECTING YOUR PROPOSAL” perkataan yang tertera pada skrin laptopku itu sudah cukup membuatkan bebola mataku pecah berkeping-keping menjadi air mata. Lalu kututup emelku dan kutarik nafasku sedalam mungkin.
“Allahumma inni a’udzubika minalhammi walhazan wa a’udzubika minal ‘ajzi walkasal wa a’udzubika minal jubni walbukhl wa a’udzubika min gholabatiddaini wa qohrirrijal…Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas dan sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang”




Aku cuba menerima ini sebagai cabaran untuk aku lebih berusaha gigih menghasilkan report yang superb!!!...???...

Mampukah aku memikulnya? Belum cuba belum tahu, tak kenal maka tak cinta. Perasaan aku ini memang mengalahkan orang putus cinta. Memang inilah cintaku, demi menyahut seruan agama, demi menggapai kejayaan untuk mak dan ayah di kampung, demi melihat senyuman mekar di wajah dua insan yang amat kucinta. Kerana kegembiraan mereka, adalah kegembiraanku juga. Memang pahit kurasakan, memang sukar untuk aku terima, apabila report proposalku direject. Tetapi, bukankah Allah berfirman:
 “fa inna ma’al ‘usri yusra (karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan)” Al-Insyirah ayat 5.
Mungkin ada kesilapan yang tidak kusedari. Setiap kepahitan itu pasti ada kemanisannya.

1 comments:

raja dinie said...

ain wat tajuk pasal pe n sape mntor ain...
dinie pn de prob ngn report...
in proposal dinie just gna 1 method, survey...
tp baru smlm dinie tahu kna wt interview gak...
and my mntor said kna interview 2org...
baru skarang dia bgtahu...
n she just said sorry...
huh, tension gile...
anyway, gud luck ain...;)